Blog
MUSICAL WORLD N RELIGION
|
|
MUSICAL WORLD N RELIGION by: Nash Ar-Rawy
MUZIKARAMA DAN AGAMA Oleh: Nash Ar-Rawy
MUZIKARAMA DAN AGAMA Karya : Nash Ar-Rawy 15.06.06
Muzik merupakan sebahagian daripada alam semulajadi anugerah Yang Maha
Pencipta, sebagaimana agama adalah suatu kepercayaan manusia tentang
kewujudan Tuhan dan alam akhirat .’ A-gama’ pada ambilan bahasa
sanskrit.ya bererti ‘Tidak Kacau’ yakni aman , berbetulan dengan makna
Islam itu sejahtera dan selamat; jusrteru kerana Islam adalah ‘Ad-din’
yang bermaksud satu cara hidup yang lengkap.
Maka kesempurnaan dan kelengkapan Islam itu sendiri, kerana ia bukan
agama (Kepercayaan) tetapi satu sistem hayat yang sempurna pastilah ada
terangkum di dalamnya aspek muzik, seni lagu, seni tari, seni budaya dan
sebagainya. Secara logikanya apalah erti dunia ini tanpa bunyi yang
mempunyai keaslian melodi dan iramanya yang tersendiri seperti suara
siulan burung, ayam yang berkokok, pukulan ombak di pantai, bunyi deruan
angin dan daun-daun pokok serta suara alam itu sendiri pada
keseluruhannya selain daripada bunyi yang artifisial seperti hon
kenderaan, jentera berat dan pesawat samada di laut, darat dan udara.
Oleh kerana muzik itu menghiasi dan mengisi kehidupan manusia, maka
pengaruhnya kepada manusia terlalu besar. Sehingga si bayi yang lapar
bisa melahirkan muzik protes mendemontrasi kelaparannya sehingga menarik
perhatian ibunya yang lalai. Alunan irama pada muazzin (Bilal) dan
momentum takbir raya pastinya menyusuk jiwa orang yang beriman untuk
mengingati Tuhannya Yang Maha Agung lagi Maha Sempurna. Ternyatalah
kesan bunyian dan suara yang mempunyai irama dan melodi yang bermakna
itu; mempunyai impak yang terlalu ketara dan tidak dapat dinafikan
adalah esensi dalam kehidupan manusia.
Justeru itu, muzik yang disusunatur dengan kemas dan rapi yang di
panggil lagu dan irama atau lebih tepat lagi lagu dan lirik kerana irama
itu sendiri adalah lagu. Maka, Apalah lagu tanpa lirik kerana tiada
senikatanya hanya muzik semata dan apalah lirik tanpa lagu kerana
sendikata sahaja. Maka, Lagu dan Lirik tiada boleh dipisahkan dan jika
diolah dengan baik kedua-duanya insyaAllah boleh menyentuh perasaan
manusia untuk mengingati Tuhannya melalui muzikarama untuk mentauhidkan
yang Maha Esa, insyaAllah jika niat Si Komposer Dan Si Penulis lirik
(‘Lyricist’) itu ialah untuk mengingati Yang Maha Seni, Yang Maha Halus,
Yang Maha Kudus ,Yang Maha Mulus dan Yang Maha Tulus di dalam jiwa
manusia yang rasa, merasa dan terasa hadirnya ‘Dia’ di dalam hati
nurani; melalui lirik yang mentauhidkan Tuhan Yang Maha Esa.
Pokok pangkalnya muzik yang berunsur ketuhanan dan berlirik ketauhidan
itu selari dengan tuntutan syarak yang salah satu cabangnya ialah
syariat yang sebaris dengan tauhid dan tasauf sebagaimana dengan Akidah,
syariat dan Akhlak, atau iman, Islam dan Ehsan serta Syariat, hakikat
dan makrifat. Ertinya perjalanan muzikarama itu sendiri seperti ‘Road
Show’, latihan dan persembahan tiada lalai daripada solat waktu,
pemisahan lelaki dan perempuan yang bukan muharam, pakaian yang menutup
aurat yang dikawalselia oleh pihak penganjur ke atas ahli muzik
(‘Performers’) dan audien pada keseluruhannya supaya bermusikarama
dengan berakhlak; yakni tidak lupa diri dan menjaga maruah diri daripada
sebarang bentuk pencemaran budaya dan maksiat.
Maka untuk itu, wajidlah ada perbedaan dan pemisahan hak dan batil,
yakni, demarkasi atau persempadanan di antara muzikarama yang hak dengan
yang batil; iaitu hududullah (Had ketentuan Allah) dan Al-Furqon
(Pemisahan hak –batil) di dalam dunia muzikarama. Penggiat muzik
sewajarnyalah bertanggungjawab supaya cara budaya muzikarama yang batil
daripada pengaruh barat itu disingkirkan samasekali dan di ambil
element-element teknologi muzik yang canggih itu sahaja untuk di
sesuaikan dengan iklim muzikarama ketuhanan dan ketauhidan yang tiada
menjurus kepada budaya maksiat yang di luar tabii seperti yang di anuti
oleh penggiat seni barat yang bercampur-baur lelaki dan perempuan yang
berpakaian menjolok mata tanpa batasan dan segan silu.
Realiti atau waqi’nya dunia muzikarama dewasa ini, kebanyakan anak-anak
muda sudah pun terjerumus di dalam budaya seni muzik yang berteraskan
atau menjurus kepada kelalaian daripada mengingati Tuhan dan lebih
cenderung kepada muzikarama hedonisma .Yakni, berseronok semata-mata
sehingga berpesta maksiat melalui muzik; tiada solat dan bebas bergaul
jantan dan betina.
Maka, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak dari kalangan ibubapa,
penjaga(‘Guardian’),anak-anak, pemuzik, penyanyi, komposer, penulis
lirik, penganjur ‘road show’, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak
berkuasa Negeri (PBN) alim-ulamak, para pendidik dan pihak pemerintah
supaya serius akan fenomena keruntuhan akhlak di kalangan remaja
sekarang ini yang sudah kecanduan dengan budaya muzikarama hedonisma ini
di paras yang sudah terlalu kronik dan menakutkan sekali. Terutamanya
pada malam-malam perayaan seperti menyambut tahun baru dan sebagainya
pesta menari yang keterlaluan; langsung tiada apa-apa pencegahan dan
pengawalan oleh pihak yang berkuasa secara yang bertanggungjawab.
Justeru itu, para belia dan beliawanis ini tiada bisa dibiarkan mereka
ini liar begitu sahaja, kerana jika usaha-usaha pencegahan tiada
dilakukan.Maka, adalah dikuatiri maksiat yang di biarkan oleh masyarakat
itu akan menerima hukuman atau bala daripada Allah dan jika ia turun,
bala itu merata dan tidak ‘selected’(memilih si pelaku maksiat sahaja).
Ertinya, Tok Bilal, Tok Imam, Tok Kadi, dan masyarakat dan orang yang
mempunyai kuasa pada keseluruhannya tiada bisa terlepas; janganlah jadi
seperti Tsunami lagi, nauzubillahiminzalik.
Di atas kesedaran ini, kesepaduan tenaga fikir, autoriti dan pengaruh
peribadi perlu digembelingkan untuk melaksanakan usaha-usaha bagi
menyelamatkan jenerasi dan ummah terutamanya para remaja. Tanpa mengira
latarbelakang agama, fahaman politik, kumpulan dan kepercayaan supaya
manusia pada keseluruhan selamat.
Ini bersesuaian dengan firmanullah yang bermaksud, “wahai Muhammad
sesungguhnya kamu adalah rahmat kepada sekelian alam”
(Rahmatanlil’alamin). Oleh kerana muzikarama yang batil ini adalah
antara punca yang membuka pintu kepada pergaulan bebas yang menjurus
kepada zina, arak,narkotika dan kelahiran bayi-bayi longkang. Maka,
usaha yang memerlukan tindakan yang segera ialah bagaimana budaya
maksiat di dalam muzikarama ‘Sure Maksiat’ ini boleh dibendung secara
bil hikmah ; iaitu, berhibur tetapi berakhlak, tiada lupa diri dan
menjaga solat serta aurat.
Usaha alternatif untuk membenteras budaya hedonisma muzikarama ini
mestilah diprogramkan kepada golongan remaja. Ini adalah kerana kita
tiada upaya untuk membendung pengaruh muzik ke atas mereka. Maka, “We
joint them and change them’(Kita menyertai mereka dan merubah akhlak
mereka dan sebenarnya tiada jalan ‘escapism’ (pelarian).Mereka ini
hendaklah didampingi di dalam dunia mereka dan ditampilkan muzikarama
alternatif kepada mereka, supaya jiwa mereka yang kosong itu diisi
dengan lirik-lirik yang membuka minda dan hati mereka kepada
mentauhidkan Allah dan menjauhkan kesyirikan dan maksiat seperti yang
berlaku di dalam budaya ‘Black Metal’, nauzubillahiminzalik.
Para pemuzik, penyajak, komposer, penulis lirik, penyanyi dan penggiat
seni hendaklah berkarya ke arah melahirkan muzikarama alternatif yang
sesuai dengan muzik kontemporari dan betul duduk pada tempatnya untuk
mentauhidkan Allah melalui muzik sebagai platformnya untuk mengajak
manusia mengingati Allah.
Di dalam hal ini, semua pihak sepatutnyalah berfikiran terbuka dan
jangan jumud untuk mencari jalan keluar untuk mengatasi problema
keruntuhan akhlak remaja dewasa ini. Golongan agama sepatutnyalah
memberikan sokongan kepada muzikarama alternatif ini untuk menarik
kembali anak-anak muda daripada terus terjerumus dan hanyut dengan
budaya hedonisma begitu sahaja. Dengan membenci mereka dan mengutuk
mereka yang tiada mahu ke masjid tanpa mendekati mereka dan berinteraksi
dengan mereka secara bil hikmah belum lagi sebenarnya dibuat dengan
pendekatan yang menyeluruh dan profesional; yakni dengan bersemuka
dengan semua pihak yang terlibat dan para remaja dan penggiat seni
sendiri secara terbuka dan berterusan. Nas yang mengharamkan bunyian
yang berasaskan tali dan tiupan adalah hujjah yang lemah kerana terdapat
banyak kilaf(selisih pendapat) di kalangan ulamak.
Justeru itu, perkara yang furu’ dalam agama janganlah di jadikan polemik
untuk mengekang program muzikarama alternatif demi untuk menyelamatkan
para remaja.
Lirik lagu juga sebenarnya mempunyai dua versi, bergantung kepada
kefahaman dan pembawaan diri masing-masing. Contohnya, lirik lagu
‘Kepada mu kekasih’(nyanyian M. Nasir),’ Kau kekasih awal dan akhir ‘
dan ‘Penghujung Rindu’(nyanyian Jamal Abdillah).’kekasih’ dan ‘Rindu’ di
sini berfsifat subjektif; iaitu samada ‘kekasih’ dan ‘Rindu’ itu
dinisbahkan kepada Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
atau pun kepada sesama manusia seperti hubungan asmara dan asyik Uda dan
Dara.
Lirik lagu ‘Alhamdulillah syukur ni’mat’, ‘Kami anak yatim piatu’, ‘Ibu’
dan ‘Rukun Iman’(nyanyian allahyarham Tan Sri P.Ramlee) begitu
menyentuh jiwa sekali sama seperti lirik-lirik lagu yang disebutkan di
atas dan juga sendikata lagu ‘Perjalanan ku’, ‘Zikir Zaman’dan ‘Kau yang
Satu”(nyanyian Ramli Sarif) dengan muzik kontemporari sesuai dengan
situasi dan iklim muzakarama mutakhir; adalah menjurus kepada ketuhanan
dan ketauhidan kepada yang Maha Esa melalui muzikarama yang berakhlak.
Tidak ketinggalan juga sumbangan muzik dari genre nasyid seperti lirik
lagu ‘Selimut Putih”(nyanyian Orkes El Suraya) dan lirik-lirik lagu
memuji tuhan dan zikir (nyanyian kumpulan Raihan); semua ini memperkaya
kepelbagaian genre-genre musik tanahair.
Maka, penggiat seni muzik dan para dai(pendakwah) , masing-masing perlu
berfikiran terbuka (‘open-minded’), berlapang dada dan ‘Think
Positive”(Berfikiran positive) mematikan diri(keegoan diri dan kumpulan)
. Supaya bisa saling hormat-menghormati sesama sendiri dan saling bantu
membantu, cukup-mencukupi, isi-mengisi dan lengkap-melengkapi agar
muzikarama itu selari dengan agama (syarie).
Justeru kerana muzikarama itu sendiri adalah satu aset dakwah sebenarnya
jika ia ditangani dengan bil hikmah secara adil dan jujur kerana bahasa
muzik itu sendiri bersifat univesal(sejagat). Contohnya, lagu
Hindustani, liriknya langsung tiada difahami tetapi paling diminati
sekali oleh orang Melayu yang berlainan agama, bangsa dan budaya. Bidang
ini langsung tiada bisa diterokai oleh para daie(Pendakwah) sedangkan
Islam itu sendiri bersifat global dan muzik yang mempunyai ‘bahasa’
sejagat yang tersendiri dan teristimewa, tiada boleh dipandang enteng
kerana ianya akan terus dikuasai oleh Yahudi melalaikan manusia dengan
muzikarama hedonisma.
Dari sudut saikologi, muzik boleh ‘release tension’(melepaskan tekanan
dan depresi).Pakar saikologi akur bahawa apabila seseorang itu berada di
atas bukit, lalu menjerit-jerit sekuat-kuat hatinya. Ini boleh
mengurangkan tekanan perasaan atau tekanan hidup kerana berupaya
melepaskannya melalui jeritan itu tadi.
Justeru itu vokalis (penyanyi) yang membawa lagu yang ‘high
–pitch’(pitching) atau nada suara yang tinggi .Pada hakikatnya telah
‘release tension’ secara yang tidak disedari khalayak. Kalau kita
berfikiran positif ; vokalis, liricis,pemusik,komposer dan
‘performer’(penggiat seni) sebenarnya memperolehi kepuasan batin melalui
muzikarama yang disesuaikan dengan agama;khususnya jika lirik yang
dijiwai itu menjurus kepada ketuhanan dan ketauhidan kepada Yang Maha
Esa.Tanpa dinafikan bahawa makanan rohani yang paling afdal (terbaik)
adalah tilawatul Qur’an sebagai obat dan penawar kepada penyakit hati.
Samalah seperti pemain golf, lepaskan depresi mereka melalui pukulan
kuat kayu golfnya,, pemain tenis, pemain bolasepakak, hoki , pemain
drum, trumpet, biola, piano sama saja kesan akibatnya iaitu bisa
‘release tension’ (mungkin lepaskan geramnya sekali).Begitu juga dengan
pelumba motor haram yang melepaskan tension tanpa takut mati. Sedangkan
tempat yang betul untuk berbuat demikian ialah di gelanggang Grand
prix.Maka muzikarama sebenarnya mempunya element yang sihat sama seperti
joggathon, walkathon jika ditangani betul pada tempatnya. Justeru
kerana maksiat dan kebajikan boleh berlaku di mana mana jua ; pokoknya
tanya diri, ke mana diri mahu di bawa?
Bersukankah, bermuzikaramakah, jika tiada solat, lalai dan alpha serta
tiada menutup aurat semuanya adalah maksiat. Menyanyi sampai tinggal
solat itu maksiat. Menonton t.v. sampai lupa solat kerana siaran
langsung piala dunia juga satu bentuk kelalaian dan kealpaan. Ertinya
kelalaian dan zikrullah(mengingati Allah) boleh berlaku di mana-mana
jua.
Maka, penggiat seni muzikarama dan para daie perlulah bekerjasama demi
untuk melaksanakan amanah Allah yang dipikul oleh orang yang beriman.
Iaitu, untuk menjadi hamba Allah dan melaksanakan tugas-tugas hamba;
tiada apa-apa kepentingan yang lain melainkan mengharapkan rahmatAllah
(Rahmatullah). Mudah-mudahan dengan kerjasama itu, muzikarama insyaAllah
akan menjadi beragama.
Oleh : Nash Ar-Rawy ( www.nashsisepuluh.spaces.live.com)(www.nasharrawy.blogspot.com)
http://nasharrawy.blogspot.com/2012_03_11_archive.html … IS LIVING IN THIS WORLD A SIN
Categories: None
Post a Comment
Oops!
The words you entered did not match the given text. Please try again.
Oops!
Oops, you forgot something.